BERITA

Sambutan kemenangan ganti demo anti judi

Regina Lee

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Jun 2010, 7:57 pagi

Perhimpunan besar-besaran pada 3 Julai depan bagi membantah pemberian lesen judi sukan akan tetap diadakan tetapi dijadikan sambutan meraikan kemenangan.

Bagaimanapu NONE n menurut Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ), mereka akan membatalkan hasrat untuk berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat ( kanan ) berkata meskipun pihaknya mencatatkan kejayaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan malam semalam bahawa lesen judi berkenaan akan ditarik balik, namun momentum untuk berhimpun masih belum pudar.

“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dari seluruh negara, yang masih mahu behimpun. Jadi, kami mungkin mengantikan perhimpunan itu sebagai sambutan meraikan kejayaan,” katanya ketika dihubungi.

Suhaizan juga berkata dia masih tidak yakin dengan pengumuman kerajaan itu dan akan mendapatkan penjelasan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam.

kelantan sports betting judi protest bachok 280510 Katanya, penjelasan itu perlu berikutan keputusan pembatalan hanya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan ataupun jemaah menteri.

“Keputusan seharusnya dibuat oleh kerajaan dan kabinet, dan bukannya hanya Umno,” kata Suhaizan.

“Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.

“Kami mahu keputusan yang sahih daripada kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan.

"Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad, 27 Jun, jam 11 pagi di Kuala Lumpur untuk membincangkan tindakan selanjutnya," katanya.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.