Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lamanweb cari pembantu rumah
Diterbitkan:  Jun 29, 2010 2:55 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Orang ramai yang mempunyai kesukaran mendapatkan pembantu rumah atau ingin menawarkan khidmat dalam sektor itu kini boleh berbuat demikian menerusi lamanweb www.oranggaji.com.

    

Indonesian domestic helpers maids Laman web itu, yang dibangunkan oleh Homeneed Services Sdn Bhd, memberi peluang kepada bakal majikan mengiklankan perkhidmatan yang mereka inginkan manakala pemberi khidmat pula boleh mengiklankan  khidmat yang mereka tawarkan.

    

Pengarah Urusannya Nazari Zain berkata  perkhidmatan ini terbuka kepada lelaki atau perempuan berumur 18 tahun ke atas dan tiada bayaran dikenakan.

    

"Kami percaya ramai penganggur seperti  pelajar lepasan sekolah, institusi pengajian tinggi boleh mendapat manfaat daripada usaha ini.

    

"Suri rumah dan ibu tunggal juga dipelawa  kerana khidmat boleh diberikan secara datang dan balik pada hari dan masa yang dipilih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata laman web itu merupakan  satu alternatif untuk membantu majikan yang menghadapi masalah mendapatkan pembantu rumah bagi menjaga kanak-kanak, menjaga warga emas atau yang sakit.

Indonesian domestic helpers maids 2 Nazari berkata laman web itu turut  menawarkan khidmat seperti tukang kebun, pemandu, membayar bil, bidan, membasuh tangki air dan menjaga wanita lepas bersalin.

    

Bagi pemberi khidmat pula, beliau  berkata mereka boleh mengiklankan jenis khidmat yang ingin mereka tawarkan beserta bayaran yang dipohon sama ada mengikut jam, sehari atau bulan.

    

"Laman web ini kian diminati oleh majikan kerana kami amat fokus kepada membantu mencari pengurus untuk keluarga di Malaysia tambah-tambah lagi semakin ramai yang mencari rakyat tempatan untuk diberi kerja," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS