Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada keputusan status permit Suara Keadilan
Diterbitkan:  Jun 30, 2010 2:59 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Keputusan status permit  akhbar PKR - Suara Keadilan akan diproses pada mesyuarat panel 13 anggota jawatankuasa mengkaji dan menilai permohonan permit penerbitan media cetak.

NONE Bercakap pada sidang media di Putrajaya, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Samad berkata semua penerbitan media cetak di negara ini tertakluk pada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Kami telah mendapat jawapan kepada surat kami bertarikh 28 Jun memohon penjelasan berhubung artikel mengenai Felda dan kita akan mengkajinya.

"Tetapi masih ada masa. Mereka akan hanya menerbitkan edisi seterusnya pada pertengahan Julai,” katanya.

Suara Keadilan telah mendapat permit surat berita parti politik dari KDN pada 2007 dan pernah digantung selama tiga bulan pada 2008.

Minggu lalu, Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.

suara keadilan report on felda bankrupt 220610 Menurut Zaitun, permit akhbar Suara Keadilan tidak akan digantung selagi KDN belum mempertimbangkan penjelasan yang dikemukakan oleh akhbar berkenaan.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat panel permit penerbitan yang diadakan dua kali seminggu dan dipengerusikan oleh ketua setiausaha, kementerian itu, Datuk Mahmood Adam.

Zaitun berkata pihaknya juga sudah menerima sepucuk surat daripada peguam Suara Keadilan berhubung tiga surat yang dihantar sebelum 28 Jun.

Semalam, ketua pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberitahu Malaysiakini peguam berkenaan memohon tiga salinan surat daripada kementerian yang didakwa belum diterima.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS