Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
57 peratus sudah mendaftar dapatkan lesen runcit
Diterbitkan:  Jul 1, 2010 2:56 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Sebanyak 34,000 peruncit atau 57 peratus daripada kira-kira 60,000 peruncit di seluruh negara telah mendaftar untuk mendapatkan lesen runcit bagi gula, tepung gandum dan minyak masak yang pelaksanannya berkuatkuasa hari ini.

Menteri Per ismail sabri yaakob dagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka yang masih belum mendaftar boleh dikenakan tindakan selepas ini sekiranya tiada alasan yang munasabah diberikan kerana tidak berbuat demikian.

"Terdapat dua kemungkinan peniaga tidak mendaftar, iaitu sama ada mereka keras kepala ataupun maklumat mengenai hal berkenaan tidak diketahui oleh mereka.

"Oleh itu sesiapa yang belum ada lesen, sila hubungi pihak kementerian yang berdekatan supaya pegawai kita boleh turun sendiri untuk menghulurkan bantuan," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 1 Jun lalu, kementerian itu mengumumkan keputusan mewajibkan lesen runcit kepada semua peniaga di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

Pengecualian yang diberikan sejak 1991 akan ditarik baik bagi memastikan barangan kawalan tidak diselewengkan kerana ia diberi subsidi oleh kerajaan.

Mengul sundry shop kedai runcit 250907 02 as mengenai isu gula, beliau berkata penambahan 15 peratus kapasiti gula adalah berdasarkan niat baik kerajaan supaya rakyat tidak mempunyai masalah.

Beliau berkata, walaupun kebanyakan pengguna lega dengan penambahan tersebut, terdapat juga badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan tidak puas hati dengan langkah itu.

"Mereka menyoal mengenai kempen kurangkan gula dalam makanan dan kempen hidup sihat oleh kerajaan, terutamanya oleh NGO kesihatan," katanya.

- Bernama

ADS