Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tuduh PM mahu sekat media Pakatan
Diterbitkan:  Jul 7, 2010 3:16 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

PAS mendakwa bahawa presiden Umno yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasanya dalam kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah , Suara Keadilan dan Roket .

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharu Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, media rasmi parti komponen Pakatan merupakan sumber maklumat alternatif rakyat, khususnya para ahli dan penyokong, untuk mengetahui kezaliman dan penyalahgunaan kuasa BN dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.

"'Isu S uara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap", dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan.

"Para peneroka diseru berdemo dan menteri BN dalam kementerian dalam negeri memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukan kemarahan kepada Suara Keadilan.

"Tidak cukup dengan itu, KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan. Harakah pun kena juga. Roket sentiasa diperhatikan," kata idris dalam satu kenyataan hari ini.

NONE Sehubungan itu, katanya, PAS menuntut KDN meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti, dengan ketenteraman negara, yang menurutnya, dua perkara berbeza.  

"Sebagai sebuah negara demokrasi, sudah tentu ada pembangkang dan kerajaan. Kedua-dua pihak ini perlu diberi peluang untuk memastikan mereka diterima oleh rakyat.

"Pihak Datuk Seri Najib dan KDN jangan buat  pekak terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media pro-BN, sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

"Ini dapat dilihat bagaimana laporan yang tidak betul dengan menyebut kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan pembangkang. Apakah ini cara pemberitaan yang betul?. Jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak," tegas Idris.

NONE Idris mendakwa, semua itu ada kaitan dengan persiapan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang (PRU-13).

"Apa jua tekanan yang cuba diberikan oleh BN, jentera penerangan Pakatan perlu memperluaskan medium penyebaran maklumat kepada rakyat.

'Setiap ahli dan penyokong juga diminta untuk terus membantu memberikan kefahaman pada rakyat," tegasnya.

Idris menegaskan bahawa organisasi media Pakatan tidak akan goyah dengan sebarang ugutan dan ancaman.

"Malah BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa mereka yang didedahkan oleh Pakatan. PAS yakin, rakyat akan merubah kerajaan pada PRU-13," tambahnya.

ADS