Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan - akan diterbitkan seperti biasa. Ia akan dicetak malam ini untuk edisi minggu depan.

NONE Pengarah strategi PKR,  Tian Chua berkata, bagi parti berkenaan, tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya.

"Kementerian Home berkata secara lisan yang permit kami tidak dapat diperbaharui, tapi kemudiannya, menteri mengatakan mereka masih menimbangnya," katanya di lobi Parlimen.

"Jika mereka mahu kami menghentikan pencetakan, mereka harus memberitahu kami dalam hitam putih. Jika tidak, ia berjalan seperti biasa," tambahnya.

Chua berkata PKR telah berusaha untuk mendapatkan jawapan jelas tentang status Suara Keadilan, termasuk cuba memfailkan usul untuk mendebatkan perkara itu di Parlimen.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut atas alasan permit penerbitan itu masih dalam pertimbangan kementerian dalam negeri (KDN).

Jalan lain

Chua berkata, sekiranya KDN memilih untuk melarang penerbitan Suara Keadilan, parti akan mencari jalan lain, termasuk membawa perkara itu ke mahkamah.

Sebelum ini, KDN berkata permit Suara Keadilan tidak lagi sah berkuatkuasa 1 Julai lalu.

[Baca berita penuh]

ADS