'Harimau Jelutong yang sentiasa dahagakan keadilan'
sebuah lukisan besar seekor harimau tergantung di dinding belakang meja menyambut menuju ke dewan tempat satu sambutan hari jadi sedang berlangsung. Dan secara kebetulan, sambutan hari jadi tersebut adalah untuk "Harimau Jelutong" Karpal Singh yang ke-70 tahun
Kira-kira 450 tetamu, sebahagian besar ahli keluarga, teman, dan kawan-kawan politik, sesetengahnya sejauh Sarawak, datang untuk bersama-sama meraikan hari jadi peguam terkemuka itu, yang juga pengerusi DAP.
Anak sulung Karpal - Jagdeep Singh Deo, 39 - dalam ucapannya menceritakan perjuangan ayahnya - membela orang miskin dan tertindas tanpa bayaran - yang turut memberi kesan yang abadi dalam hidupnya sendiri.
Jagdeep secara berseloroh berkata, bapanya yang sering berdepan dengan undang-undang - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dua tuduhan hasutan dan 103 laporan polis - melayak namanya tercatat dalam Buku Rekod Guinness.
Beliau juga menceritakan detik-detik yang oleh keluarganya ketika Karpal ditahan di bawah ISA di Kamunting sewaktu Operasi Lalang - di mana 106 orang, termasuk ahli politik, aktivis sosial dan agama - ditahan tanpa bicara pada 1987.
Kemudian, seorang tetamu berusia yang hanya dikenali sebagai Cheong, mengucapkan mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada Karpal kerana membantunya mengatasi masalahnya beberapa tahun yang lalu, ketika dia seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur.
"Saya tidak tahu bagaimana harus berterima kasih padanya, beliau telah memberi saya nafas baru untuk meneruskan kehidupan. Beliau adalah seorang yang dihormati oleh semua orang "ujar Cheong.
Karpal memberikan ucapan ringkas pada sekitar tengah malam, dengan berterima kasih kepada isterinya kerana setia bersamanya menghadapi pelbagai cabaran dan penderitaan yang mewarnai kehidupan mereka selama ini.
"Saya tak mungkin dapat melalui kehidupan ini tanpanya," katanya, sambil menyentuh tentang penderitaan dan kegembiraan yang dilaluinya bersama rakan-rakan dalam DAP.
"Kami akan bertemu lagi ketika saya berusia 80. Dengan sokongan dari semua orang, saya akan dapat meneruskan kehidupan hingga saat itu," katanya.
[Baca berita penuh]

