Malaysiakini BERITA

Ronnie, Teng dipanggil jawatankuasa disiplin DAP

Lee Way Loon & Woon Zheng Yang  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Exco kerajaan Selangor  Ronnie Liu dan speaker DUN negeri Teng Chang Khim akan dipanggil oleh jawatankuasa disiplin DAP pada 12 Ogos ini berhubung isu surat sokongan.

azlan Pengerusinya, Tan Kok Wai mengumumkan hari ini bahawa jawatankuasa tersebut akan meminta Ronnie dan Teng memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuat oleh ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock

Tee memberitahu jawatankuasa itu semalam bahawa dia telah diarahkan oleh Ronnie supaya menandatangani surat-surat sokongan di mana Tee telah dituduh memalsukannya untuk faedah rakan dan anggota keluarganya.

Mengenai Teng pula, Tan berkata speaker tersebut akan perlu memberi bukti mengenai individu yang didakwanya "pesalah sebenarnya".

Tan merujuk kepada Tweet Teng semalam di mana beliau berkata: "OMG! Real culprit freed".

[Baca berita lanjut]