Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400
Diterbitkan:  Aug 18, 2010 7:42 PM
Dikemaskini: Aug 19, 2010 8:13 AM

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

NONE Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, pemberian  kewangan khas itu membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta dan diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu  kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

 

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

ADS