BERITA

Mustapa: Pemberian wang ihsan atas nasihat AG

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Sep 2010, 4:48 pagi

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh kerajaan persekutuan bukan dibuat secara membuta tuli sebaliknya atas nasihat peguam negara sebelum diagih-agihkan kepada rakyat yang layak.

NONE Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia dibuat atas nasihat peguam negara yang juga berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada 75 anak yatim di masjid An-Nur, Badak di Pasir Puteh, petang semalam.

Isnin lalu, kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Dagang di Kuala Lumpur kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut Petronas melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri itu.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri yakin tindakan kerajaan ersekutuan itu adalah betul mengikut undang-undang sedia ada.

NONE "Terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan siapa yang benar," katanya.

Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM25 juta sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu dengan sebahagian besarnya sedang diagih-agihkan bagi membantu lebih 70,000 pelajar.

 - Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.