Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kontraktor kecil asing ancam rezeki kontraktor M'sia
Diterbitkan:  Sep 8, 2010 5:54 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Ramai pekerja pembinaan asing kini melakukan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian kecil yang mengancam sumber pendapatan kontraktor tempatan yang sah kerana mereka mengenakan harga yang rendah, kata Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM).

rawang anti high tension tower 300807 construction worker Para pekerja asing itu kebiasaannya diambil melalui syarikat kecil yang sukar dilakukan pemantauan, kata persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Banyak masalah muncul apabila banyak aduan diterima mengenai kerja-kerja yang tidak sempurna, yang sekali gus memburukkan imej kontraktor kecil dan pakar pengubahsuaian yang sah,” katanya.

Terdapat juga kebimbangan bahawa para pekerja berkenaan, yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Indonesia, boleh menggantikan kontraktor kecil tempatan kerana mereka memberikan saingan serius kepada kontraktor Malaysia yang terlibat dalam perniagaan itu.

- Bernam

a

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS