Hak dan keistimewaan orang Melayu termaktub dan dilindungi dalam perlembagaan dan sehubungan dengan itu timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn berkata mereka tidak perlu berasa terancam oleh tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeksploitasikan isu itu untuk kepentingan politik mereka.

gerakan agm ndc 111008 chang ko youn Beliau mengulas laporan polis baru-baru ini yang dibuat oleh Kelab Graduan Belia 1Malaysia di Serdang yang menuntut tindakan diambil ke atas kempen ‘MyConstitution’ oleh Majlis Peguam yang didakwa menyentuh hak istimewa orang Melayu dan Islam.

"Parti ini amat prihatin kerana setiap kali seseorang menyentuh Perlembagaan Persekutuan, maka ada pihak yang menggesa tindakan diambil kerana didakwa berbentuk hasutan,” kata Chang dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut peguam itu kempen “My Constitution" adalah inisiatif yang baik bagi mendidik orang ramai dan ia tidak seharusnya dilihat dari luar konteks.

"Tidak ramai orang yang memahami Perlembagaan Persekutuan, asas kepada negara ini. Jadi, Majlis Peguam hanya menjalankan tanggungjawabnya memberikan penjelasan yang sewajarnya,” kata Chang.

[Baca berita penuh]