'Zaid bankrap, guna politik murahan'

   

Walaupun nampak tenang di permukaan, tetapi di dunia maya, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan penyokongnya kini dilihat lebih agresif 'menyerang' pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

btn forum 241209 nik nazmi Semuanya bermula apabila pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi ( kiri ) Nik Ahmad tengah hari tadi dipercayai menyindir Zaid dengan berkata:

 "Kalau yakin boleh menang janganlah kata akan dilayan seperti arwah (bekas timbalan perdana menteri) Tun Ghafar (Baba). Kempen secara positif, dengan yakin. Alangkah baiknya."

Walaupun tidak menyebut nama Zaid, ia dipercayai jelas merujuk kepada bekas menteri itu ekoran kenyataannya yang menjangkakan terdapat kemungkinan beliau " dikuburkan " seperti Ghafar itu setelah ada "wira baru yang handal" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menulis dalam blognya awal September lalu, Zaid berkata, sejak mengumumkan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR, beliau dianggap "sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno", berbeza dengan keadaan ketika disambut masuk sebagai wira tahun lalu.

Malah beliau juga mendakwa, ada yang cuba mengupah penulis blog popular bagi memburukkan namanya, antaranya dengan menulis kononnya beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.

Menulis dalam laman Twitter tengah hari ini, Nik Nazmi - dilihat antara pendokong Azmin - juga menulis dalam bahasa Inggeris bahawa "drama" seperti itu tidak diperlukan dalam PKR.

ijok by election nomination supporters fight 200407 azmin ali Sementara itu, membalas tulisan Nik Nazmi itu, Azmin ( kanan ) pula menyifatkannya sebagai "hujah yang mantap dari anak muda"

"Malangnya ada orang yang bankrap dan guna gutter politics (politik murahan)," balas Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Anwar.

Serangan terhadap Zaid juga dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataannya semalam yang secara sini menyifatkan tindakan Azmin menawarkan diri bertanding dibuat dengan penuh " gaya " semalam.

Malah, Zaid - kini penyelaras Pakatan Rakyat - juga menyifatkannya sebagai 'pertunjukkan' yang mengagumkan" dan "amat mengejutkan".

Malaysiakini
terkini untuk anda