Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DUN Galas: SPR mesyuarat Rabu depan
Diterbitkan:  Sep 30, 2010 6:14 PM
Dikemaskini: 10:19 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Rabu depan di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

kuala terengganu parliament by election spr ec announcement  051208 wan ahmad wan omar Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPR hari ini, satu sidang media akan diadakan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, selepas mesyuarat itu yang dijangka membincangkan tarikh penamaan dan pengundian untuk pilihan raya kecil itu.

SPR berkata, ia telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berhubung kekosongan kerusi di kawasan DUN Galas pada Selasa lalu.

Kerusi DUN Galas itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, Ahad lalu kerana barah usus semasa dirawat di Hospital Al-Islam Kampung Baru di sini.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim daripada PAS berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

- Bernama

ADS