Selepas dua tahun menerajui Persatuan Penulis Nasional (PENA), sasterawan terkenal Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain tumbang ketika merebut jawatan nombor satu dalam mesyuarat agung NGO penulis terkemuka itu hari ini.

031010 baharuddin zainal baha zain Tempat Baharuddin (kiri) sebagai presiden kini digantikan pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Mohamad Saleeh Rahamad yang memenangi kerusi itu dalam perlawanan satu lawan satu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi.

131010 persatua penulis nasional pena logo Berikut senarai penuh pemenang dalam pemilihan tahbunan PENA hari ini:

Presiden: Mohamad Saleeh Rahamad

Timbalan presiden: Amiruddin Ali

Setiausaha agung: Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir)

Timbalan setiausaha agung: Shamsudin Othman

Bendahari: Rahimidin Zahari

Manakala ahli jawatankuasa yang terpilih pula seperti berikut: Dr Mohd Razali, M Lutfi Ishak, Ariff Mohamad, Dr Ibrahim Ghafar dan Raja Rajeswary Setharaman.