Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan BTN guna buku perlembagaan palsu disiasat
Diterbitkan:  Oct 8, 2010 7:57 PM
Dikemaskini: Oct 9, 2010 1:41 AM

Biro Pengaduan Awam akan menyiasat dakwaan bahawa Biro Tata Negara (BTN) menggunakan buku perlembagaan palsu semasa mengendalikan satu kursus di Johor baru-baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah.

    

Beliau berkata kerajaan memandang serius perkara itu kerana isi kandungan perlembagaan itu menyentuh sensitiviti  kaum.

    

azlan "Kerajaan telah mengarahkan BPA untuk menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti penulis buku berkenaan. Buku tersebut dipercayai diedar dan digunakan sebagai rujukan dalam ceramah anjuran BTN itu.

    

"Bagaimanapun kesahihan perkara itu hanya akan dapat ditentukan sebaik  selesai siasatan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Ipoh hari ini.

    

Murugiah berkata beliau mengetahui perkara itu berikutan laporan seorang peserta yang mengikuti kursus berkenaan.

    

"Peserta terbabit berasa keliru apabila penceramah kursus itu menggunakan perlembagaan palsu yang menyentuh isu sensitif sesuatu kaum.

"Perkara ini akan merencatkan usaha melaksanakan wawasan perdana menteri dalam membentuk gagasan 1Malaysia, dan boleh menimbulkan rasa kurang senang kaum yang dikaitkan dalam perlembagaan palsu itu," katanya.

- Bernama

ADS