BERITA

Jawatan no 2: Zaid kemuka syarat untuk ibu pejabat

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Okt 2010, 11:07 tengahari

Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR masih belum muktamad.

NONE Dalam sepucuk surat kepada pengerusi jawatankuasa pemilihan PKR, Dr Molly Cheah, Zaid menggariskan tujuh “permintaan” kepada jawatankuasa berkenaan sebelum membuat keputusannya.

“Saya berharap permintaan ini boleh diluluskan secepat mungkin. Ini akan memudahkan saya membuat keputusan sama ada menerima pencalonan,” katanya dalam sepucuk surat yang juga dimuat-naikkan di blognya.

Kebanyakan “permintaan” itu dikatakan berbentuk prosedur, termasuk cadangan bagi kotak undi lutsinar dan kertas undi yang mempunyai nombor siri.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.