KWSP boleh labur 20 peratus di luar negara
Diterbitkan: Oct 15, 2010 4:35 PM | Dikemas kini: Oct 15, 2010 5:03 PM
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
"GLIC akan dibenarkan menambah pelaburan di luar negara bagi meneroka peluang pulangan pelaburan yang lebih baik," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2011 di dewan Rakyat hari ini.
GLIC juga akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan dan halaju dagangan pasaran.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.