Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga sayap Umno mula bersidang hari ini
Diterbitkan:  Oct 20, 2010 10:46 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

Ketiga-tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri memulakan perhimpunan agung masing-masing hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Fokus perhimpunan dijangka menumpukan kepada usaha mengukuhkan jentera parti bagi membolehkan ketiga-tiga sayap menjadi barisan hadapan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Wanita Umno dengan 793 perwakilan mengadakan perhimpunan agung di Dewan Tun Hussein Onn manakala Pergerakan Pemuda dengan 795 perwakilan di Dewan Merdeka.

Pergerakan Puteri dengan 776 perwakilan pula mengadakan perhimpunan di Dewan Tun Dr Ismail.

Perasmian serentak perhimpunan ketiga-tiga sayap itu disempurnakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi.

Pada perhimpunan hari ini, ketua pergerakan ketiga-tiga sayap itu menyampaikan ucapan yang kemudiannya dibahas oleh anggota perwakilan.

Tiga usul iaitu ekonomi, pendidikan dan agama akan dicadangkan untuk dibahaskan oleh para perwakilan.

--Bernama

ADS