Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tumpu pengagihan, bukan pertumbuhan saja'
Diterbitkan:  Oct 22, 2010 9:28 AM
Dikemaskini: 10:43 AM

Mesyuarat agung Umno 2010 berlangsung hari kedua bagi memberikan peluang kepada pembahas mengambil peluang berkongsi pandangan mereka.

Berikut laporan langsung daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur:

6.30pm Persidangan agung Umno ditangguhkan. Esok mesyuarat akan bersambung dengan membahaskan usul agama.

5.20pm

Wakil Melaka berkata dalam sesuatu model ekonomi, bukan sahaja pertumbuhan yang harus ditekankan, sebaliknya juga mesti menumpukan kepada soal pengagihan terhadap kaum Melayu.

Justeru, beliau menggesa orang Melayu bangkit dan mengambil kira kepentingan Melayu dalam sesuatu dasar kerana tiada guna berada dalam "dewan yang keramat (PWCT)" jika bangsa mengemis di bumi sendiri.

'Sukarnya nak jumpa menteri Melayu'

3.31pm Wakil Wilayah Persekutuan menegur menteri dan timbalanyna yang didakwa sukar bertemu bagi mendengar keluhan usahawan Melayu.

Katanya, ini penting kerana golongan usahawan yang menjadi antara nadi pembangunan negara perlu menyampaikan masalah dan keluhan mereka kepada menteri sebagai penggubal dasar negara.

"Nak ubah sesuautu, pegawai kerajaan tak boleh tetapi menteri boleh buat," katanya.

3.00pm Sesi perbahasan bersambung semula bagi membahaskan usul ekonomi, dimulakan oleh wakil Wilayah Persekutuan.

12.41pm Bacaan ayat al-Quran berkumandang di PWTC selepas persidangan ditangguhkan jam 12.30pm.

12:14pm Naib Ketua Pemuda Razali Ibrahim sedang berucap. Dalam masa yang sama, anggota parti itu mula bergerak meninggalkan PWTC perlahan-lahan memandangkan solat Jumaat semakin hampir.

'Umno menang, MCA, MIC kalah'

10.17am Wakil Negeri Sembilan mencadangkan pengagihan kerusi pilihan raya antara komponen BN dikaji semula.

Ini kerana, katanya, kemerosotan undi BN dalam pilihan raya umum lalu "bukan kekalahan Umno" tetapi disebabkan oleh kelemahan MCA dan MIC.

Puteri: Lenggok, bahasa kami sama

9.25am Wakil Puteri berikrar mahu mendekatai golongan muda lebih 3 juta orang yang mempunyai pengaruh besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, menjadi cabaran besar kepada Puteri kerana golongan itu mempunyai "lenggok dan bahasa yang sama" tetapi mempunyai pendirian yang amat berbeza.

8.30am Wakil Sabah membuka pentas pagi ini.

ADS