Indeks pencemaran udara (IPU) bagi tiga kawasan di Johor dilaporkan kembali kepada keadaan tidak sihat hari ini.

azlan Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar  www.doe.gov.my   tiga kawasan berkenaan adalah Kota Tinggi (107), Larkin Lama (109) dan Pasir Gudang (113). Semua bacaan berkenaan diambil pada jam 11 pagi ini. Bacaan pada jam 7 pagi ini juga mendapati pencemaran udara di kawasan berkenaan adalah melebihi paras 100.

Bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.

Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.

Pada 20 Oktober lalu, kawasan Muar digemparkan dengan bacaan IPU 432 sehingga memaksa abatan pelajaran Muar mengarahkan semua sekolah di daerah itu supaya membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah.

kalimantan borneo story 091208 haze smog forest fire Bagaimanapun bacaan di Muar kembali pulih sehari selepas itu. Bacaan di kawasan Muar hari ini adalah 73 manakala Melaka yang sebelum itu dikategorikan sebagai tidak sihat kembali kepada sederhana.

Jerebu yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia khasnya di Johor juga kini melanda Singapura, dan kian bertambah buruk sejak semalam.

Keseluruhan pulau republik itu berkabus dan langit khasnya di kawasan Marina Bay di mana bangunan tinggi seperti Maybank setinggi 32 tingkat dan Hotel Marina Bay Sands setinggi setinggi 55 tingkat, penglihatan tidak berapa jelas disebabkan jerebu tebal.

Sementara itu, dalam satu kenyataan petang tadi, Jabatan Alam Sekitar berkata keadaan jerebu di daerah Muar semenjak 20 Oktober lalu semakin bertambah baik .

Walaubagaimanapun, kawasan Pasir Gudang, Larkin dan Kota Tinggi, Johor berada pada tahap tidak sihat sejak jam 4.00 pagi hari ini.

azlan Menurut kenytaan itu berdasarkan laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak penglihatan sehingga pukul dua petang, tadi di beberapa kawasan seperti Batu Pahat, Mersing, Kuantan, Senai dan Batu Embun adalah pada jarak antara tiga hingga tujuh kilometer.

Imej satelit NOAA-18 pada 21 Oktober lalu pula menunjukkan masih terdapat pergerakan asap jerebu  dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia melalui Pantai Barat Semenanjung Malaysia menuju ke arah selatan.

Walaupun keadaan berjerubu didapati telah berkurangan, bagi tujuan mengekalkan tahap pencemaran udara yang minima, orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebab pembakaran terbuka.

Jabatan Alam Sekitar juga meminta kerjasama orang ramai untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka.

[Baca berita penuh]