Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wee: Tubuhkan Suruhajaya Monopoli, sekat Astro
Diterbitkan:  Oct 27, 2010 10:13 AM
Dikemaskini: 2:18 AM

Ahli parlimen, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) menyarankan kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Monopoli bagi mengawal kegiatan tersebut terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan syarikat besar.

NONE Katanya, kegiatan monopoli di negara ini telah menyebabkan ruang untuk syarikat lain turut menceburi sesuatu bidang seperti perkhidmatan televisyen berbayar menjadi sangat terhad.

"Kerajaan seharusnya mengawal kegiatan monopoli tv berbayar ini dan menggalakkan persaingan, dengan membenarkan pemain-pemain lain turut serta dalam lapangan perniagaan ini demi kebaikan pengguna dan negara," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat semalam.

Selain itu, Wee berkata bagi memudahkan kandungan televisyen dari luar negara memasuki ruangan tempatan, ia perlu diberikan kepada semua penyedia siaran televisyen tanpa hak eksklusif kepada pihak tertentu.

Beliau juga mahu kerajaan menyekat kegiatan monopoli Astro kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan kepentingan awam, malah telah menyebabkan syarikat itu mengenakan yuran langganan yang tinggi kepada pengguna.

astro satellite dish "Peraturan perlu dikenakan agar semua rangkaian yang disiarkan di Astro, turut boleh disiarkan oleh syarikat-syarikat TV berbayar yang lain seperti TM, Maxis, Celcom, UMobile dan Redtone.

"Jika perlu, luluskanlah undang-undang penyekatan monopoli bagi menggalakkan persaingan, sekaligus memberi kebaikan kepada pelanggan untuk memilih rangkaian dengan kos yang lebih rendah," katanya.

Akuan bersumpah

Sementara itu, beliau turut mencadangkan tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang menyalahgunakan Akuan Bersumpah.

NONE Beliau berkata ini berikutan trend masa kini menyaksikan dokumen itu, yang sepatutnya digunakan bagi menyatakan fakta, sering disalahgunakan golongan tertentu untuk memalsukan keterangan, dan perkara tersebut boleh menyebabkan akuan bersumpah sebenar tidak diperakukan lagi.

"Sebagai contoh, kes Mohamed Rahimi Osman di mana akuan bersumpahnya telah disalahgunakan oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan individu lain, untuk membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bahari," katanya.

Sehubungan itu, Wee berkata mereka perlu disiasat berhubung penyediaan dokumen berkenaan serta pemalsuan bukti, sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak menyalahgunakan akuan berkanun bagi kepentingan peribadi dan politik.

- Bernama

ADS