Wartawan masyarakat kini dikembangkan ke Johor Bahru serentak dengan pelancaran laman Komunitikini negeri itu semalam.

citizen journalists johor baru launch 071110 premesh chandran launch Acara itu dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran ( kiri ),pemimpun persatuan penduduk dan wakil NGO.

Pejabat itu - yang dilengkapi kemudahan pentadbiran dan kele ngkapan latihan - merupakan yang pertama untuk latihan wartawan masyarakat di Malaysia.

Menurut Premesh, penubuhan pejabat di daerah itu merupakah langkah pertama untuk mendemokrasikan laporan berita daripada peringkat akar umbi.

Projek wartawan masyarakat dimulakan oleh Malaysiakini di penghujung tahun 2008 dengan dana daripada Pusat Wartawan Antarabangsa yang berpengkalan di Washington, Amerika Syarikat.

Melaluinya, lebih 200 orang dilatih dalam pelbagai bidang kewartawanan dan laporan video.

[Baca berita penuh]