Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shamsul dipelawa lagi debat dengan CheGuBard
Diterbitkan:  Nov 10, 2010 1:37 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Pasukan Penerus Perjuangan Reformasi (PPPR) sekali lagi mempelawa calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin untuk berdebat dengan pencabarnya, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheGuBard.

PPPR juga mempelawa dua calon timbalan ketua AMK - Khairul Anuar dan Chang Lih Kang - untuk berdebat.

Penyelaras kempen PPPR, Zulkifli Ibrahim berkata, pihaknya yang mewakili CheGuBard pernah menghantar pelawaan tersebut kepada Shamsul sebulan lalu, tetapi sehingga ini tidak menerima sebarang jawapan.

"Sehingga ini tiada sebarang respon diperolehi kecuali sindiran penyokong Shamsul yang mengatakan debat harus diadakan dalam bahasa Inggeris sebab CheGuBard tak pandai berbahasa Inggeris," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zulkifli berkata, Ureka - sebuah organisasi yang diasaskan di Perak yang menjadi penganjur debat calon ketua AMK di Taiping baru-baru ini -  bersedia menganjurkan debat tersebut.

Katanya, pelawaan itu dibuat bagi mewujudkan pertandingan ke arah politik baru yang berasaskan idea, nilai dan  lampiran rekod terdahulu.

"Hasil dari debat ini diharapkan dapat membekalkan anggota parti muda dengan maklumat 'manifesto' yang sewajarnya sebelum membuat keputusan.

"Debat ini perlu untuk menarik pertandingan ini kepada politik baru dan bukan medan mengutuk dan menyerang peribadi individu tertentu," katanya lagi.

Zulkifli berkata, seorang calon yang bakal menerajui AMK harus tampil dengan idea segar dan praktikal untuk mengemudi AMK itu sendiri.

"Bukan sekadar bergantung dan 'berpayung' dalam label kumpulan tertentu juga sentiasa bersenggayut dengan individu tertentu yang bertanding jawatan tinggi," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS