Pertubuhan pekerja bantah perang Amerika-Iraq
Rangkaian Kesatuan Antarabangsa Majlis Liason Malaysia yang mewakili 120,000 pekerja Malaysia daripada 26 persatuan, hari ini mengadakan demontrasi menentang rancangan Amerika menyerang Iraq yang
bakal dilancarkan pada bila-bila masa.
Lebih 150 ahli kesatuan terbabit berkumpul secara aman di hadapan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak selepas pihak polis tidak membenarkan mereka mengadakan demonstrasi itu di hadapan bangunan Kedutaan Amerika.
Antara kesatuan yang menyertai demonstrasi aman pagi ini ialah Kesatuan Pekerja Kebangsaan Telekom (NUTE), Kesatuan Kebangsaan Pekerja Akhbar Malaysia (NUNW), Kesatuan Badan Berseragam Pos Malaysia (UPMUS) dan Kesatuan Sekerja Resort World (RWEU).

Demonstrasi itu diketuai oleh timbaalan presiden MTUC, Mohamad Shafie BP Mamal dengan mempamerkan poster yang berbunyi "No to War".
Anggota polis Balai Polis Pudu mengawal perjalanan demonstrasi tersebut.
Tentang
Tiga orang termasuk Shafie, wakil NUTE, Mohd Jafar Abd Majid, dan wakil NUNW, R Chandrasekaran telah menyampaikan memorandum membantah perang Amerika-Iraq kepada pengawai politik kedutaan Amerika di sini, Alexis Ludwig.
Menurut Shafie, pendirian kerajaan Malaysia menentang perang Amerika-Iraq adalah seiringan dengan pendirian kesatuan sekerja berkenaan.
Katanya, keselamatan rakyat Iraq harus diambil kira dan beliau juga mahukan sebab mengapa Amerika hendak bertindak sedemikian.
Selain demonstrasi dan penyerahan memorandum itu, Rangkaian Kesatuan Antarabangsa juga telah meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubungan agenda ini. Demonstrasi bersurai beberapa minit selepas penyampaian memorandum.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.