Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden.

Ini bermakna nama beliau akan dikeluarkan dari kertas undian yang akan digunakan dalam proses pengundian hujung minggu ini dan minggu depan.

NONE Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr

Molly Cheah.

"Saya percaya keputusan telah dibuat (oleh biro politik). Tapi bagaimanapun, jika seseorang menarik diri, kita terpaksa menerimanya.

"Oleh itu, kami tidak akan mencetak lagi kertas undian yang mengandungi namanya," katanya.

Isnin lalu, Zaid mengumumkan menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden melalui blognya.

Bagaimanapun, kesahihan pengumumannya itu menjadi tandatanya  apabila setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata  Zaid belum menyerahkan surat rasmi mengenainya kepada ibupejabat parti.

Zaid bagaimanapun berkata tidak perlu baginya menghantar surat rasmi mengenai perkara itu kerana niatnya sudah jelas.

Sementara itu, Molly menolak gesaan supaya pemilihan parti digantung ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan dan penipuan.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS