Wanita GERAKAN menyambut baik keputusan kerajaan untuk memperkenalkan pelajaran asas bahasa Mandarin dan Tamil di Tabika Perpaduan di seluruh negara mulai tahun depan.

NONE Timbalan ketuanyaNg Siew Lai ( kiri ) berkata, ini kerana ia merupakan langkah positif untuk memperkembangkan dua bahasa itu supaya memberikan mafaat kepada generasi muda.

"Bagaimanapun, kerajaan mesti memastikan lebih banyak guru bahasa yang berkualiti bagi memberikan pendidikan cemerlang kepada para pelajar kita," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Ng berkata, memberikan latihan dan mencari guru berkualiti daripada luar negara, terumatanya pakar dalam bidang bahasa akan amat membantu menjayakan hasrat itu.

"Langkah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional itu juga akan menarik perhatian masyarakat bukan Cina dan bukan Tamil untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil, seterusnya memperkukuh perpaduan nasional, sekali gus mempertingkat tahap komunikasi dalam masyarakat berbilang kaum," tambahnya.