Konvensyen BN yang asalnya dijadual 27 dan 28 November ini ditangguhkan ke minggu seterusnya bagi memberikan penghormatan kepada kematian mendiang Lim Chong Eu.

Lim, bekas ketua menteri kedua Pulau Pinang, meninggal malam tadi selepas menderita angin ahmar. Pengebumiannya akan diadakan pada Ahad di Pulau Pinang.

NONE Menurut Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, konvensyen itu akan diadakan pada 4 dan 5 Disember depan.

Katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sudah memutuskan penangguhan tersebut bagi menghormati kematian Tun Dr Lim Chong Eu.

Ini bagi memastikan pemimpin utama gabungan itu dapat hadir ke majlis pengebumian Lim.

“BN amat prihatin dan turut berduka cita dengan kehilangan tokoh besar yang banyak melakar sumbangan terhadap perkembangan dan juga menjadi salah seorang antara pengasas Barisan Nasional,” katanya.

Konvensyen itu dijangka membincangkan beberapa perubahan penting dalam perlembagaan BN, termasuk keahlian langsung daripada individu dan NGO.

Ia akan bermula dengan majlis makan malam pada 4 Disember diikuti konvesyen pada hari berikutnya.

Tafakur seminit di Parlimen

Sementara itu, Dewan Rakyat turut memberikan simpati kepada keluarga di mati.

malaysia parliament parlimen Timbalan speaker Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengumumkan perkara itu selepas satu sesi soal jawatan meminta semua anggota dewan berdiri dan bertafakur seminit sebagai tanda hormat kepada mendiang.

Wan Junaidi, mewakili anggota parlimen, mengucapkan takziah kepada balu Lim, Toh Puan Goh Sing Yeng,85 dan kematian Lim merupakan kehilangan besar kepada negara.

Lim, 91, meninggal dunia selepas sebulan terlantar di Hospital Pulau Pinang. Beliau turut meninggalkan empat anak.

[Baca berita penuh]