Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah memanfaatkan penuh ucapannya hari ini dengan melancarkan serangan terhadap "ahli-ahli parti tertentu" yang menggunakan taktik kotor untuk menyerang kepimpinan DAP negeri itu.

selangor dap convention 281010 ean yong speech "Mereka mendakwa hampir semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa (DAP) negeri selama dua tahun lalu adalah salah," katanya dalam ucapan perasmian konvensyen DAP Selangor yang ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.

"Saya ingin bertanya kepada mereka, terutama mereka yang memegang jawatan kerajaan, tidak kira (jawatan) tinggi atau rendah, exco atau ahli majlis, speaker atau ketua kampung; apakah pelantikan parti itu salah?

"Ada juga orang yang mengatakan mereka mahu merombak jawatankuasa (DAP) negeri, terutama wakil rakyat. Kenyataan ini mengecewakan dan akan memecah-belahkan parti kita, "katanya.

Pemilihan parti peringkat negeri kali ini menyaksikan saingan antara Pasukan Pelangi yang diketuai Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim, dengan Pasukan Perpaduan pimpinan Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok.

NONE Yong bersama Pasukan Perpaduan yang turut dianggotai oleh penyandang kerusi jawatankuasa DAP negeri, ADUN dan ahli parlimen DAP.

Dalam tempoh kempen, Pasukan Pelangi yang turut dianggotai ADUN Sekincan, Ng Suee Lim dan disokong pemimpin kanan yang dipecat, Tee Boon Hock, dituduh menjalankan kempen kotor terhadap saingan mereka.

Malah, pasukan Pelangi itu dituduh menjanjikan jawatan dan peluang untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Teng dan pasukannya bagaimana membisu sehinggalah Jumaat lalu di mana dua pasukan tersebut menganjurkan majlis makan malam, di mana beliau mengumumkan barisan 12 anggota pasukannya.

[Baca berita penuh]