Tinjauan umum: RTM bawa propoganda BN
Orang awam berpendapat Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah alat propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya Umno kerana ia tidak pernah memberi ruang kepada parti pembangkang.
Dalam satu tinjauan rambang oleh
malaysiakini
mendapati kesemua yang ditemui tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin yang menyangkal dakwaan bahawa RTM menjadi alat propaganda BN dan Umno.
Kebanyakan mereka berpendapat RTM adalah seperti kebanyakan media lain di Malaysia, hanya menyokong dasar kerajaan, takut menyebelahi barisan pembangkang serta menyembunyikan kebenaran.
Selasa lalu akhbar bahasa Inggeris New Straits Times memetik Zainudin sebagai berkata tuduhan bahawa RTM sebagai ejen propaganda BN adalah tidak benar.

Menurut Zainuddin lagi, stesen tajaan kerajaan itu hanyalah berfungsi untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan.
Seorang pengurus besar dari Bangsar berkata minatnya menonton atau mendengar RTM sudah lama hilang akibat kerenah-kerenah parti pemerintah terutamanya, Umno.
"Saya lebih gemar mendengar berita dari saluran Astro seperti CNN, CNBC. Kalau saluran tempatan saya selalunya memilih NTV7.
Propaganda
"Rancangan yang disiarkan RTM bukan sahaja kurang berkualiti tetapi hanya memberi tumpuan kepada propaganda kerajaan pemerintah sahaja," katanya yang tidak mahu disebut namanya.
Manakala seorang akauntan yang berusia 52 tahun, juga mempunyai pandangan yang sama dan menyifatkan berita yang disiarkan oleh RTM hanya menyentuh isu-isu yang positif bagi parti pemerintah.
"Ia akan menyiarkan berita mengenai parti pembangkang jika ianya mempunyai kesan negatif," kata beliau.
Malaysiakini
juga bertanya isu yang sama kepada tiga pelajar kolej swasta, yang berumur 19 hingga 22 tahun.Mereka juga menganggap RTM sebagai media milik Barisan Nasional dan memperjuangkan kepentingan parti tersebut.
"Kebanyakan media di negara kita menyokong parti pemerintah dan mereka takut untuk menyebelahi parti pembangkang. Ini telah menyekat kami dari memperolehi berita yang tepat dan benar,"kata seorang dari mereka.
Seorang eksekutif pemasaran yang berusia 40 tahun pula berkata siaran rancangan RTM adalah "70 peratus berunsur politik menyokong BN dan hanya 30 peratus sahaja berbentuk umum".