Gempar: Tolak pembinaan pusat antipengganas di KL
Gabungan Pelajar Malaysia Anti-Peperangan (Gempar) yang menggabung lapan pertubuhan termasuk persatuan mahasiswa universiti tempatan turut mengadakan demonstrasi hari ini bagi membantah tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Iraq.
Mereka mendesak serangan itu dihentikan segera kerana menyifatkannya sebagai menceroboh kedaulatan negara Iraq dan hak asasi rakyatnya.
Persatuan terbabit ialah Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Majlis Persidangan Mahasiswa Islam (MPMI), Gerakan Demokrasi dan Belia Malaysia (Dema), Kelab Siswa Islah Islam (Karisma), Pusat Latihan Perundangan dan Sumber Pelajar Bebas (Isrec).
Tiga pertubuhan ialah Universiti Bangsar Utama (UBU), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), dan Jawatankuasa Antiperang Kolej New Era.
Seramai 50 pelajar mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut yang diadakan secara aman di depan kawasan Masjid India Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat tanpa kehadiran pihak polis.

Dalam kenyataannya, Gempar mendakwa Amerika mahu mewujudkan satu "kerajaan boneka" di Iraq serta meluaskan hegemoni kuasa politik ke Timur Tengah dan seterusnya ke seluruh dunia.
Putus hubungan diplomatik
Menurut kenyataan itu lagi, yang dibaca oleh Nazrul Helmi Wan Mohd Zin, dari MPMI, Gempar turut mengutuk sikap unilateral Amerika yang enggan mematuhi Artikel 2 (4) Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), keputusan Majlis Keselamatan PBB dan suara masyarakat antarabangsa yang menentang serangan dilancarkan ke atas Iraq.
Berikutan itu, Gempar mendesak kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah sebagai membantah tindakan Amerika dan sekutunya menyerang Iraq, iaitu:
Pertama, mengantung dan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Amerika, Britain dan sekutunya.
Kedua, menarik diri daripada Perjanjian Pertahanann Lima Negara (FPDA) 1971 kerana dua anggotamya, Australia dan Britain terlibat secara langsung dalam perang Iraq, manakala Singapura juga menyokong serangan ke atas Iraq.
Oleh itu, Gempar mendesak supaya tentera Britain dan Australia diharamkan daripada datang ke Malaysia.
Mencari alternatif
Ketiga, menolak pewujudan Pusat Antikeganasan di Kuala Lumpur yang menurut Gempar, merupakan agenda Amerika untuk menempatkan pengaruh mereka di rantau ini.
Gempar khuatir pusat itu akan menjadi tapak untuk kegiatan perisikan dan ketenteraan Amerika dan mungkin memangkin campurtangan Amerika dalam politik dan ekonomi rantau ini.
Gempar juga meminta kerajaan Malaysia mengambil iktibar daripada pengalaman Amerika Latin seperti Columbia, Nicaragua dan Panama yang turut membenarkan Amerika membina pusat seumpama itu, yang digunakan oleh Amerika melatih tali-barutnya dari kalangan masyarakat tempatan.
Keempat, membenarkan perhimpunan aman berhubungan isu ini tanpa sekatan dari pihak berkuasa, sejajar dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Kebebasan untuk berkumpul.
Kelima, memulau barangan keluaran syarikat Amerika-Britain dengan mencari alternatif lain bagi mendapatkan barangan konsumer tersebut