Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Istana Negara menjadi tumpuan dua kumpulan anti dan pro-kerajaan Selangor yang mahu menghantarkan memorandum masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini.

NONE Bagaimanapun, angka kumpulan berbaju merah yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka jauh melebihi peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam.

Khalid dijadual menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Manakala Gaps pula mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan.

azlan Mengulas kemungkinan berlakunya pertembungan, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Badrul Amin Bahrom menyifatkan tindakan Gaps merancang berhimpun pada hari yang sama sebagai satu provokasi.

"Apa yang kita boleh buat, menasihatkan peserta kita tidak termakan provokasi mereka.

"Mereka hendak bawa, bawalah. Itu hak mereka. Cuma, kita 20,000, mereka 2,000 orang. Jadi faham-fahamlah, kita pun manusia juga," katanya yang juga pengarah komunikasi di pejabat menteri besar.

Manakala Gaps pula dalam sidang media di Shah Alam pagi ini menegaskan "tak mahu bertembung dengan siapa-siapa".

"Kalau kita berkumpul pun kita berkumpul secara aman kita bukan nak  bertembung pun, kalau dia (kumpulan prokerajaan negeri) nak bersalaman (pun) tiada masalah. Kita buat kerja kita, kita maksudkan demonstrasi aman.

Tiada permit

“Gaps bukan sebuah pertubuhan politik tetapi kita rasa prihatin terhadap rakyat Selangor dianggarkan 58 peratus bangsa Melayu cuba diketepikan," jelas presidennya Hamidzun Khairuddin ( gambar, tidak berikat kepala ).

NONE Kumpulan berbaju merah dijadual berkumpul di Masjid Negara pada jam 12 tengah hari sebelum berarak ke Istana Negara, tidak jauh daripada tempat itu.

Manakala Gaps pula akan berkumpul di Masjid Jamek setengah jam selepas itu.

Laluan yang akan digunakan kedua-dia pihak setakat ini masih belum jelas.

Menurut kedua-dua penganjur, mereka tidak memohon permit polis dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Gaps juga akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Sultan Selangor Jumaat ini.

ADS