Datuk G Palanivel akan mengambil alih kepimpinan MIC daripada Datuk Seri S Samy Vellu minggu depan, menjadikan beliau presiden kelapan parti berusia 64 tahun itu.

mic agm 110710 s samy vellu 3 Samy Vellu yang meneraju parti itu selama hampir 31 tahun dijadual menyerahkan baton kuasa MIC kepada Palanivel selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Isnin ini.

"Penyerahan kuasa akan dilakukan sama ada hari Isnin atau pada satu majlis khas pada Selasa," kata sumber dalaman parti.

Naib Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, akan dilantik ke jawatan nombor dua parti.

Palanivel, 61, yang juga timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan sedang melakukan persediaan untuk mengambil alih kerusi nombor satu itu.

Samy Vellu dijangka memberi taklimat kepada Palanivel mengenai hal ehwal parti selain menyerahkan semua dokumen penting MIC sama ada pada Isnin atau Selasa,

NONE Palanivel yang juga bekas editor di Bernama, akan meneraju kepimpinan MIC pada ketika negara bersedia dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya umum lebih awal iaitu pada awal tahun depan seperti diramal pemerhati politik.

Bekas setiausaha akhbar Samy Vellu ketika menjadi Menteri Kerja Raya dari 1979 hingga Mac 2008 itu akan berdepan dengan tugas menyediakan parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

MIC hanya berusia tiga tahun ketika Palanivel dilahirkan. Ketika itu MIC dipimpin Budh Singh dari 1947 hingga 1950, selepas menggantikan presiden pertama, John A Thivy, yang memimpin parti dari 1946 hingga 1947.

K Ramanathan adalah presiden ketiga dan meneraju MIC tidak sampai setahun sebelum diambil alih KL Devaser. Presiden kelima dan keenam ialah Tun VT Sambanthan dan Tan Sri V Manickavasagam.

NONE Jika empat presiden terawal hanya memimpin MIC bagi tempoh yang singkat iaitu kurang daripada tiga tahun, Sambanthan dan Manickavasagam masing-masing mengepalai parti itu lebih enam tahun atau dua penggal.

Presiden ketujuh iaitu Samy Vellu memegang rekod sebagai presiden paling lama meneraju MIC iaitu selama 31 tahun sejak 1979.

Palanivel yang akan menggantikan Samy Vellu bakal menghadapi pemilihan presiden yang dijadual pada Mac atau April 2012.

 - Bernama