Kayveas nafi saran sekolah Tamil ditutup
Presiden Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP) Datuk M Kayveas mendakwa mereka yang telah membuat aduan polis terhadapnya berhubung
saranannya
supaya sekolah Tamil ditutup, tidak memahami maksud sebenar kenyataannya itu.
Sehubungan itu, katanya, sebarang aduan polis yang dibuat tanpa mengetahui isi kandungan sebenar kenyataannya itu "dianggap sebagai aduan palsu".
Oleh itu, kata timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu, beliau akan membuat 'aduan balas' terhadap semua aduan polis itu.
Presiden Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP) Datuk M Kayveas mendakwa mereka yang telah membuat aduan polis terhadapnya berhubung
saranannya
supaya sekolah Tamil ditutup, tidak memahami maksud sebenar kenyataannya itu.
Sehubungan itu, katanya, sebarang aduan polis yang dibuat tanpa mengetahui isi kandungan sebenar kenyataannya itu "dianggap sebagai aduan palsu".
Oleh itu, kata timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu, beliau akan membuat 'aduan balas' terhadap semua aduan polis itu.
Menurut Kayveas, apa yang dimaksud dalam kenyataannya itu ialah sekolah Tamil mungkin 'berkubur' dengan sendirinya pada masa hadapan.
Tegasnya, ini kerana jumlah sekolah Tamil semakin berkurangan kerana ditutup satu per satu.
Daripada lebih seribu buah sekolah Tamil sebelum ini, katanya, kini hanya tinggal 527 buah di mana 250 daripadanya dalam proses untuk ditutup.
Aduan Pemuda Keadilan
Bagi menyelamatkan bahasa ibunda itu, beliau menyarankan supaya pendidikan Tamil diperkenalkan di sekolah kebangsaan untuk semua murid India.
Oleh itu, tegas Kayveas, beliau tidak pernah menyarankan supaya sekolah Tamil ditutup sepertimana didakwa oleh mereka yang aduan polis terhadapnya.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas tindakan Pemuda Keadilan pusat yang turut membuat aduan polis terhadapnya -- aduan ketiga berhubung kenyataannya yang didakwa menyarankan supaya sekolah jenis kebangsaan Tamil ditutup.
Sebelum ini Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia ( YPPPTM ) dan Pemuda DAP turut membuat aduan polis terhadap Kayveas kerana kenyataannya itu.
Aduan hari ini dibuat oleh exco Pemuda Keadilan pusat S Manikavasagam di Balai Polis Dang Wangi pada jam 2.30 petang tadi. Turut hadir ialah dua exco Pemuda Keadilan pusat, S Jeyadass dan P Chandran.
Perlembagaan negara
Ketika dihubungi malaysiakini , Manikavasagam yang juga naib ketua Pemuda Keadilan Selangor melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap kenyataan Kayveas itu.
Sebagai ahli politik dan timbalan menteri, katanya, Kayveas tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu kerana perlembagaan negara sendiri menjamin kewujudan pendidikan sekolah Tamil dan Cina di negara ini.
Sehubungan itu, Manikavasagam menggesa Kayveas supaya meminta maaf kepada masyarakat India di negara ini dan menarik balik kenyataan itu, yang disifatkannya sebagai 'tidak bertanggungjawab'.
"Beberapa tahun lalu, parti Keadilan bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik lain pernah mengemukakan isu mengenai kekurangan kemudahan di sekolah Tamil. Tetapi, mengapa baru sekarang Kayveas sedar mengenai masalah ini?" soal Manikavasagam lagi.
Katanya, oleh kerana masalah kekurangan kemudahan itu merupakan salah satu sebab ibu bapa India tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah Tamil, maka adalah wajar bagi Kayveas menghulurkan bantuan itu serta menyuarakannya di Parlimen.
Tidak berasas
Mengenai kesediaan Kayveas berdebat bagi mempertahankan kenyataannya itu, Manikavasagam meminta timbalan menteri itu menyatakan tempat dan masanya.
Ahli majlis tertinggi Keadilan N Gobalakrishnan turut menyatakan kesediaannya utuk berdebat dengan Kayveas.
"Saya sedia berdebat bila-bila sahaja. Saya hanya tunggu Kayveas menetapkan masa dan tempat. Sekiranya beliau sibuk, saya bersedia mencari tempat untuk berdebat," kata beliau kepada malaysiakini .
Sementara itu, ketua biro pendidikan Pemuda MCA, Dr Wee Kah Siong pula menyifatkan kenyataan Kayveas itu tidak berasas kerana pendidikan sekolah jenis kebangsaan Tamil mahupun Cina, sudah termaktub sebagai pendidikan rasmi dalam perlembagaan persekutuan.
Mengenai kesediaan Kayveas berdebat mengenai isu itu, beliau berkata: "Mengapa perlu berbahas? Kayveas tidak kemukakan isu yang berasas. Kenyataannya tidak membawa apa-apa makna jika dirujuk kepada perlembagaan."
Dr Wee juga meminta Kayveas agar "berbuat apa yang patut" daripada membesar-besarkan lagi masalah ini.
Pemuda MCA, katanya, tidak akan membuat sebarang aduan polis terhadap Kayveas berhubung kenyataan itu yang menurutnya tidak berasas.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.