Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang untuk melaksanakan 'undi awal' menggantikan sistem undi pos pada pilihan raya umum akan datang.

NONE Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ( kanan ) berkata, SPR sedang mengkaji  cadangan penambahbaikan undi pos sedia ada yang kini masih dalam perbincangan dan di peringkat awal.

"SPR mendapati sistem undi pos  digunapakai terlalu rigid (ketat) sampai ada tiga sampul dan satu borang perlu diisi oleh pengundi," katanya menjawab soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua semasa ditemuramah  dalam program Bicara Rakyat bersama SPR di TV1, malam tadi.

Pada pilihan raya kecil DUN Batu Sapi dianggarkan  150,000 undi pos terpaksa ditolak, katanya merujuk jumlah  undi pos yang rosak.

Tian Chua yang juga naib presiden PKR antara penonton yang hadir dalam program itu.

Menurutnya, dijangkakan penambahbaikan sistem undi awal itu memudahkan anggota tentera dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengundi.

NONE SPR akan memperluaskan kepada pengamal media yang bertugas pada pilihan raya itu, ujarnya.

Abd Aziz bagaimanapun menafikan dakwaan wujudnya sistem undi pos tidak telus di sesetengah kawasan.

"Berdasarkan rekod SPR lalu,  undi pos tak semestinya satu-satu parti itu menang.

"Ia (dakwaan)  tidak benar sama sekali, ini kerana  faktor kemenangan  bergantung kepada sentimen rakyat di kawasan itu," ujarnya lagi.

ADS