Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan meneruskan kritikannya terhadap ketua umum PKR Anwar Ibrahim, dan kali ini mencabar beliau supaya membuka semula sebuah kuil Hindu di Selangor.

NONE Wakil rakyat yang lantang bersuara itu memberi kata-dua kepada Anwar

supaya membuka semula kuil Sivan di Bukit Gasing, Petaling Jaya, selepas mendakwa Anwarlah orang yang secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup.

Gobalakrishnan (kiri), yang lebih dikenali sebagai Gobala berkata, sekiranya kuil itu tidak dibuka semula dalam masa seminggu, beliau akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk "mendedahkan salahlaku Anwar terhadap penganut Hindu".

"Jika kuil itu tidak dibuka semula dalam masa seminggu, perkara pertama apa yang akan kita lakukan ialah untuk berarak ke kuil tersebut, dan kemudiannya kami memulakan jelajah tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Turut hadir ialah ketua penerangan Pemuda MIC, S Subramaniam dan bekas anggota jawatankuasa kerja pusat MIC, KP Samy, yang  terbabit dalam Gerakan Anti-Samy (GAS), yang telah dibubarkan.

Ditanya sama ada beliau telah menemui menteri besar atau kerajaan Selangor berhubung permintaannya itu, Gobalakrishnan hanya berkata mereka sudah tahu perkara itu.

"Tetapi setiap kali itu juga mereka memberi alasan tidak memuaskan dan tidak munasabah, dengan mengatakan bahawa pihak kuil tidak menyerahkan pelan yang sempurna," katanya.

Beliau turut mengaitkan Anwar bersama dengan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar dan ahli parlimen Subang, R Sivarasa berhubung penutupan kuil tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS