Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani menyatakan kekesalannya kerana dilabel sesetengah pihak sebagai "orang Umno" dalam kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru.

NONE "Ada orang kata saya orang Umnolah, BNlah, terlibat dalam politiklah.

"Saya ingin tegaskan, saya tidak terlibat dalam politik Umno atau PKR," katanya sambil menegaskan bahawa sebagai pegawai kerajaan beliau hanya menjalankan tugas yang diberikan.

Dalam sidang media selepas Khusrin selamat mengangkat sumpah taat setia kepada sultan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, Mohd Munir ( kanan, berbaju kuning ) juga berkata, semua kenyataanya sebelum ini dibuat atas titah dan perkenan tuanku.

Sehubungan itu, tambahnya, dakwaan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau mengeluarkan pendapat sendiri adalah tidak betul.

"Kecuali yang (secara) lisan, itu saya sendiri," katanya.

NONE Sementara itu, beliau berharap Khusrin sebagai  SUK baru diberi peluang menjalankan tugasnya.

"Biar beliau berkhidmat dahulu, kita tengok bagaimana. Mana tahu beliau lebih baik dan dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan kerajaan sekarang," katanya.

Katanya, tindakan menghukum Khusrin sebelum diberi peluang menjalankan tugas adalah tidak adil.

Ditanya tentang kenyataan Khalid bahawa kehadirannya tidak bermakna merelakan pelantikan Khusrin, Mohd Munir enggan mengulasnya.

"Isu itu saya tidak mahu komen. Mungkin menteri besar akan membuat keputusan lain. Harap SUK diberikan kerjasama... Itu kena tanya menteri besarlah," katanya.

Peguam terkenal Salehuddin Saidin yang juga ahli majlis agama Islam Selangor turut hadir dalam sidang media itu.

NONE Mengulas pelantikan Khusrin daripada aspek undang-undang, Salehudin ( berbaju merah ) mempertahan pelantikan itu bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bagaimanapun, tambahnya, walaupun Sultan memilih nama yang dicadangkan padanya, lantikan tetap dibuat oleh SPA.

"Jadi tak timbul soal sultan yang melantik," katanya.

Ditanya tentang sumpah simpan rahsia Khusrin di hadapan menteri besar, Salahudin berkata perkara itu wajib diberikan kerana beliau mempunyai hak untuk hadir ke mesyuarat exco.

"Dia ada hak hadir menurut undang-undang," katanya.

ADS