Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd Pasir Gudang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini terhadap dua pertuduhan rasuah ke atasnya.

Mohd Zaki Othman, 48, didakwa meminta rasuah dan bersetuju menerima suapan dua jam tangan berjenama terkenal bernilai RM32,980 sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan kontrak daripada seorang kontraktor.

Kesalahan bagi mendapatkan jam tangan IWC itu didakwa dilakukan  di The Hour Glass Sdn Bhd, Lot 10, Jalan Sultan Ismail, sekitar jam 1.30 hingga  2.30 petang, 13 Mac, 2009.

Beliau didakwa meminta jam berkenaan sebagai habuan membantu kontraktor tersebut mendapatkan Surat Tawaran bagi sebuah projek sub-kontrak di Kumang dan Tangga Barat di bawah fasa 1, Projek Pembangunan Hiliran.

Mohd Othman, yang  berpangkalan di Pasir Gudang, juga didakwa cuba mendapatkan jam tangan Hublot bernilai RM60,000 di tempat nyang sama pada sekitar jam 10 pagi, 15 Mei, 2009.

Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan sama hari ini selepas selesai prosiding, ini.

Pada 4 Januari lalu, Md Zaki didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua tuduhan menerima sogokan bernilai RM55,300 bagi bayaran perabot dan jam tangan mewah, antara Disember 2007 dan Mac 2009.

[Berita penuh menyusul]