Salleh Said dilantik Speaker baru DUN Sabah
Diterbitkan: Jan 12, 2011 2:29 PM | Dikemas kini: Jan 12, 2011 3:42 PM
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak diumumkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang baru.
Beliau akan menggantikan Datuk Juhar Mahiruddin, yang kini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
Pengumuman mengenai pelantikan Salleh dibuat oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di kota Kinabalu hari ini.
Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Sabah, menjadi ketua menteri pada 1994 hingga 1996.
- Bernama

