BERITA

Najib seronok dengan soalan #tanyanajib

Regina Lee

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Jan 2011, 2:11 tengahari

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau seronok dengan soalan yang diajukan kepadanya apabila beliau membuka peluang kepada orang ramai supaya megemukakan soalan di laman sesawang Twitter miliknya.

Dan menurutnya, seperti yang dijanjikanbeliau telah  merakamkan video jawapan untuk beberapa soalan dari #tanyanajib #fb.

NONE “Seronok membaca soalan kreatif anda. Saya sudah merakamkan video jawapan untuk beberapa soalan dari #tanyanajib,” katanya di akaun Twitter.

Selasa lalu, Najib membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa, 30 minit lagi untuk menerima soalan yang diajukan.

Perdana menteri dikatakan mempunyai lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Dengan purata 40 tweet sesaat, Najib dihujani banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul.

Berikut disiarkan semula antara soalan berkenaan:

@NajwanHalimi: Nak #tanyanajib betul ke Rosmah pakai susuk dan main bomoh?

HilmiIsmaill

#tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

MrKayMY

#tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

kev_Q #tanyanajib @NajibRazak Sir, I like your wife's album but where can I obtain the album karaoke version because YouTube seems to delete it.

@aleffush

Apa dalam rambut Rosmah?

@tashny:

Who do you think would win in a fight: Batman or Darth Vader?

@dawsydozz #tanyanajib apa rahsia bibir yang mengiurkan? Merah jambu gitu

@badkitteyh:

#tanyanajib What do you think of CM Lim Guan Eng punya hairstyle?

dearfirdaus #tanyanajib kenapa masih ada rakyat malaysia berperangai seperti babun? lihat sendiri di sesi #tanyanajib . adakah kerana kurang didikan?

faisalmustaffa #tanyanajib ada jumpa Altantuya tak di Paris itu hari?

@jayong28: Kenapa Student uni tak boleh terlibat dalam apa-apa politik tapi budak 14 tahun tak habis PMR boleh kawin? #tanyanajib

[email protected] #tanyanajib #fb Mengapa YAB PM kerap tweet dlm Ingeris dan bukan Bahasa Malaysia?

@NajibRazak

. Kenapa banyak kesangsian dalam PERMATA dan sejauh mana kredibiliti Pengerusinya dalam hal ini? #tanyanajib #nkra

NaqibMohamad Naqib Mohamad

#tanyanajib altantuya ape citer? OMG! may she rest in peace.

NatAsasi @najibrazak #tanyanajib salam 1 malaysia, PM , boleh kah barang2 dan harga2 yang telah naik diturunkan kembali ? Mesti mustahil kan..

eklern EkLern™ Tan #tanyanajib your official/non-official car , pump ron97 or you pun ambik subsidi ?

aky103 ahmad khairy yahya #tanyanajib kepimpinan melayu atau ketuanan melayu?

Sengkeat66

#tanyanajib kenapa ada sekolah lagi yang tak ada elektrik and air?KENAPA??

akmalnasir Akmal Nasir #tanyanajib mengapa12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit?

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.