Isu tiket palsu: Kuil Sri Mahamariamman didakwa enggan bertindak
Satu siri demonstrasi akan diadakan terhadap ahli jawatankuasa Kuil Sri Mahamariamman, Batu Caves sekiranya tiada tindakan diambil terhadap mereka yang disyaki menipu orang ramai dengan menjual tiket palsu kepada pembawa kavadi susu sewaktu perayaan Thaipusam yang lalu.
Exco Pemuda Keadilan, S Manikavasagam mendakwa sehingga hari ini belum ada lagi tindakan diambil terhadap dua orang yang disyaki menipu orang awam dengan menjual tiket palsu itu.
Beliau memberitahu malaysiakini , demonstrasi itu dirancang untuk diadakan pada bulan ini di Batu Caves atau di hadapan Kuil Sri Mariamman, Kuala Lumpur.

Menurutnya, pada perayaan Thaipusam itu, dua lelaki India memakai tanda nama sama seperti penjual tiket bagi pihak kuil, untuk menjual tiket palsu berharga RM10 sekeping.
Bayaran tidak patut
Tiket itu dijual kepada beribu-ribu pembawa kavadi susu yang datang sama ada dari Kuil Mariamman, Kuala Lumpur atau dari Sungai Batu Caves sebagai persembahan.
Tiket palsu itu dikatakan berwarna jingga manakala tiket yang tulen berwarna merah.
Namun begitu, kata Manikavasagam lagi, walaupun segala maklumat telah diberi, tiada sebarang tindakan dakwaan diambil terhadap mereka yang terbabit.
Katanya, sebelum ini, beliau telahpun membuat satu laporan polis mengenai perkara itu tetapi kesal kerana pihak jawatankuasa kuil berkenaan enggan memberi kerjasama dalam siasatan itu.
Mengenai harga RM10 yang dikenakan terhadap semua pembawa kavadi susu tersebut, Manikavasagam berkata, kadar itu sangat tinggi.
Malah, katanya, mereka tidak sepatutnya dikenakan sebarang bayaran kerana ia merupakan satu upacara keagamaan.
"Tindakan mengenakan bayaran itu baru diamalkan sejak dua tahun lepas. Ramai orang awam mengadu pada saya," tambahnya.
Siasatan hampir selesai
Sehubungan itu, beliau berharap, pihak kuil berkenaan tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada pembawa kavadi susu pada tahun depan.
Sementara itu, seorang jurucakap Balai Polis Gombak, memberitahu
malaysiakini
bahawa siasatan mengenai perkara itu sudah hampir selesai.
Katanya, hasil siasatan itu akan dihantar kepada Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam tidak lama lagi, dan enggan mengulas lanjut.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.