Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suami Normala disiasat atas dakwaan salahguna MC

Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.

NONE Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran,  berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.

Beliau juga mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.

Bukan sasar Ma'arof

Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.

NONE Jika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.

Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan terhadap Ma'arof itu bukan disebabkan kerana beliau menyokong isterinya, tetapi berkemungkinan terdapatnya elemen penyalahgunaan hak untuk mendapatkan cuti sakit.

"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas.

"Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan  dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.

tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirman Sebelum ini, jabatan pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Bohong

Ma'arof bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station.

Ditanya kemungkinan suami calon PAS itu boleh dikenakan tindakan, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan.

NONE Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit.

"Adakah sifat sebegini sesuatu yang kita hormati atau tidak," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada Ahad ini, berikutan kematian penyandang kerusinya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan Normala, yang juga merupakan seorang bekas guru.

    

ADS