Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib temui ADUN BN Sarawak
Diterbitkan:  Feb 6, 2011 2:49 PM
Dikemaskini: Feb 7, 2011 4:29 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 ADUN BN Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Miri, hari ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri dari Ranum Mina yang merupakan Adun Opar, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Semasa ditemui pemberita sebelum itu, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua anggota parlimen BN di Kuala Lumpur 8 Januari lepas, katanya.

--Bernama

ADS