Malaysiakini BERITA

Bekas IGP: Dr M juga bantah Ops Lalang

Regina Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan

perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.

NONE Sebaliknya, Hanif ( kanan ) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.

Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan , telah dibatalkan.

conversations with mahathir tom plate Dalam buku terbaru bertajuk  'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad' , bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya dalam wawancara dengan penulis buku itu, Tom Plate.

Namun, Hanif berkata adalah tanggungjawab Mahathir sebagai menteri dalam negeri bagi menadatangani arahan penahanan selanjutnya selepas tahanan 60 hari yang diperuntukan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri berakhir.

"Terpulang kepada beliau memutuskan selepas itu,” kata Hanif.

ops lalang 261005 star front page Mahathir adalah menteri dalam negeri daripada 1986 hingga 1999.

Mengikut ISA, polis boleh menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Penahanan boleh dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun dan ada juga yang melebihi jangkamasa berkenaan tetapi perlu mendapat arahan daripada menteri dalam negeri.

Meskipun kebanyakan tahanan dalam Ops Lalang dibebaskan sama ada dengan bersyarat ataupun tanpa syarat, 40 daripada mereka dikenakan tahanan lanjut dua tahun, termasuk setiausaha agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang and timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh.

Hanif juga menafikan tangkapan itu bermotifkan politik ataupun pihak polis bertindak kerana tekanan politik.

"Pasukan polis tidak bertindak atas desakan politik,” katanya.

[Baca berita penuh]