80 peratus mangsa kenali perogol
Satu kajian mendapati lebih 80 peratus kejadian rogol melibatkan orang-orang yang dikenali oleh mangsa. Daripada jumlah itu, 20 peratus kes melibatkan ahli keluarga dan pertalian darah sementara selebihnya melibatkan kenalan mangsa. Hanya 16 peratus kes melibatkan perogol yang tidak dikenali mangsa. [Lihat carta pai]
Satu kajian mendapati lebih 80 peratus kejadian rogol melibatkan orang-orang yang dikenali oleh mangsa. Daripada jumlah itu, 20 peratus kes melibatkan ahli keluarga dan pertalian darah sementara selebihnya melibatkan kenalan mangsa. Hanya 16 peratus kes melibatkan perogol yang tidak dikenali mangsa. [Lihat carta pai]
"Bagaimanapun, pendidikan umum untuk mencegah rogol sering membuat tanggapan salah kononnya ia berlaku apabila seseorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menyerang wanita yang sedang berjalan seorang diri di lorong gelap dan sunyi. Hakikat bahawa 84 peratus kejadian rogol melibatkan ahli keluarga dan kawan dilupakan," sebut satu kajian Persatuan Pergerakan Wanita (Awam) yang dikeluarkan awal bulan ini.
Oleh itu tidak menghairankan, sebahagian besar kes rogol berlaku di rumah, hotel, atau bangunan yang selalunya dianggap selamat bagi wanita. "Adalah satu mitos rogol hanya berlaku di tempat sunyi, gelap dan terpencil," kajian itu dipetik. "Wanita diminta mengelakkan tempat sunyi tetapi sebenarnya rogol terjadi di rumah sendiri dan melibatkan perogol yang mereka kenali."
Kira-kira 67 peratus kes rogol berlaku di rumah atau bangunan; enam peratus berlaku di hotel, sementara dua peratus lagi di dalam kenderaan.
Dalam kajian bertajuk "Working Together Towards Better Services for Rape Survivors," Awam memetik analisis Ibupejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman yang menyebutkan kejadian rogol meningkat dua kali ganda tahun lalu berbanding 1993. Pada tahun 1998, terdapat 4.1 kes rogol dilaporkan setiap hari, berbanding hanya 2.4 kes pada 1993.
Kejadian rogol juga semakin meningkat dari tahun ke tahun bermula 1993. Pada tahun itu, sebanyak 879 kes, pada tahun 1995 (1,005 kes), 1997 (1,323 kes) dan pada tahun lalu (1,489 kes). Bukit Aman menyifatkan angka ini semakin tinggi ekoran peningkatan kesedaran orang ramai terhadap kes ini dan juga khidmat yang semakin baik kepada mangsa rogol.
Kajian Bukit Aman pada 1998 juga mendapati lebih banyak kes rogol dilaporkan di kawasan-kawasan bandar, misalnya di Selangor sebanyak 251 kes dan Johor (175 kes). Pihak berkuasa menyimpulkan laporan kes rogol lebih banyak di kawasan-kawasan ini kerana orang ramai mendapat lebih banyak maklumat dan lebih mudah menerima khidmat selepas kejadian rogol.
Negeri-negeri yang lebih ramai penduduknya melaporkan lebih banyak kejadian rogol, sumber yang sama dipetik.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.