Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa kerajaan menubuhkan segera pasukan petugas khas untuk membantu menangani masalah pelajar di Mesir yang dibawa pulang ke Malaysia atau yang tidak pulang.

"Perkara pokok, pelajar (berkenaan) hendaklah diberi peluang kembali ke Mesir untuk meneruskan pelajaran mereka sehingga tamat," kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, PERKASA yakin keadaan di Mesir akan pulih seperti sediakala dalam tempoh yang tidak lama.

"Kerajaan hendaklah membiayai pinjaman pelajar (berkenaan) secara automatik dalam semua jurusan di semua peringkat, sama ada tahun I, 2, 3, 4, 5 dan 6.

"Ini kerana pelajar berstatus bumiputera dan Melayu dijamin kemudahan pembiayaan pelajaran, termasuk biasiswa d bawah Fasal I53, Hak Keistimewaan Melayu, Perlembagaan Negara," tambahnya.

Ibrahim berkata, kos belajar d Mesir pula amat rendah dan dengan tahap mutu pelajaran yang begitu tinggi.

"Kos bidang perubatan amat rendah - di sekitar RM200,000 hingga RM250,000 sehinga tamat. Manakala jika dalam negara, kosnya hampir RM600,000 sehingga tamat mendapat ijazah kedoktoran.

"Manakala di United Kingdom (UK) atau Dublin atau Australia hampir RMI juta hingga RMI.2 juta," tegasnya.

Ibrahim berkata, oleh kerana ramai yang mengambil jurusan perubatan, bilangan anak Melayu masih rendah dan negara tidak cukup doktor, maka wajarlah kerajaan membiayai pinjaman secara automatik agar semua pelajar dapat kembali belajar di Mesir.

"PERKASA amat tegas dalam isu ini yang boleh dikaitkan dengan berbagai kepentingan dan hak," tambahnya.