aklumat Bukit Aman yang dipetik dalam satu kajian "Working Together Towards Better Services for Rape Survivors," diterbitkan oleh Persatuan Pergerakan Wanita (Awam), mendapati kebanyakan mangsa rogol berusia di bawah 16 tahun.

Sementara perogol, 98 peratus, pula berusia 16 tahun ke atas. Kajian itu mendapati 56 peratus mangsa atau 739 kes merupakan gadis bawah 16 tahun, sementara hanya lebih 2 peratus (47 kes) perogol berusia bawah 16 tahun.

Lebih mengejutkan, kajian juga mendapati 1,323 mangsa rogol melaporkan 1,833 orang perogol. Ini membuktikan wujudnya kejadian rogol beramai-ramai (gang rape). Dalam tahun 1997 sahaja, kejadian rogol beramai-ramai berada dalam nisbah 1.4 perogol bagi setiap mangsa.

"Maklumat [di atas] yang menunjukkan mangsa berusia jauh lebih muda daripada perogol sewajarnya diberikan perhatian oleh aktivis dan kumpulan yang inginkan penyelesaian kes ini agar memberikan tumpuan kepada kumpulan umur tersebut dalam program pencegahan rogol," kajian itu dipetik.