Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pro-M, Pro-A 'bertempur' di 5 kampus utama
Diterbitkan:  Feb 21, 2011 11:56 AM
Dikemaskini: 10:00 AM

Selepas drama demi drapa dilaporkan, pilihan raya kampus hari ini berlangsung di lima universiti utama di seluruh negara.

Persaingan sengit antara kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dan musuh tradisinya Pro-Aspirasi (pro-A) akan berlangsung di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Proses pengundian bermula jam 9 pagi tadi sehingga jam 5 petang. Keputusannya pula dijangka diperolehi kira-kira jam 9 malam ini.

NONE Terdapat juga universiti yang menjalankan pengundian menggunakan sistem pengundian secara elektronik atau e-undi.

Setakat ini belum ada sebarang insiden dilaporkan di kelima-lima universiti itu.

Bagaimanapun sebelum ini, berlaku beberapa bantahan dan demonstrasi dengan pelbagai gimik seperti mengusung 'keranda' dan 'mayat' di UM dan UKM.

Terdapat juga cubaan memecah masuk ke pejabat timbalan canselor di UM pada hari penamaan calon 17 Februari lalu.

Di UKM , jurucakap pro-M, Faiz Ismail memberitahu Malaysiakini , pihaknya selesai membuat bantahan bertulis kepada pentadbir pilihan raya terhadap kelayakan calon parti lawannya di fakulti ekonomi dan pentadbiran.

Faiz yang juga pelajar tahun akhir fakullti pendidikan mendakwa, calon pro-A, Norelfarra Mohammad tidak layak bertanding kerana gagal menghadiri bengkel wajib calon yang dikelolakan pihak universiti.

NONE "Mereka kata dia dapat surat sokongan untuk pelepasan dari naib canselor tetapi surat itu tidak ditunjukkan.

"Bagi kita, kalau tak pergi, tak boleh bertanding walau apa alasan pun," kata Faiz yang masih menunggu keputusan bantahan itu.

Dalam perkembangan lewat petang ini, ahli majlis Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham berkata, pihaknya merancang mengadakan perhimpunan besar di universiti itu pada jam 8 malam ini bagi membantah kebenaran itu.

Menurutnya, ia akan diadakan di depan pusat perjumlahan undi.

Di UM , tinjauan di beberapa Fakulti Sains dan Akademi Pengajian Melayu dan dua kolej kolej kediaman mendapati proses pengundian bergerak perlahan dan 'muram' ekoran ramai mahasiswa mempunyai kuliah.

Seorang petugas pemilihan memberitahu Malaysiakini , lebih ramai pelajar akan keluar mengundi pada waktu rehat tengah hari nanti.

Di UPM , setakat ini 48.97 peratus 21,643 mahasiswa daripada yang layak telah keluar mengundi (sehingga 2.50 petang).

Sementara itu, tepat jam 5 petang tadi, peti undi telah ditutup dan pengiraan bermula bagi menentukan pemenang bagi pilihan raya kali ini.

ADS