Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayar saman trafik, semua pejabat pos dibuka esok
Diterbitkan:  Feb 26, 2011 1:34 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Semua pejabat pos di seluruh negara dibuka esok untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman trafik mereka pada hujung minggu.

    

Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Datuk Syed Faisal Albar berkata waktu operasi adalah seperti hari biasa.

    

"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad.

    

"Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka," katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

    

Beliau berkata untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian Posline di 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS