Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kempen anti-Taib dimulakan Isnin di UK
Diterbitkan:  Feb 26, 2011 2:19 PM
Dikemaskini: 6:26 AM

Kumpulan pejuang hak pribumi Bruno Manser Fund (BMF) kini sedang menjalankan persediaan untuk melancarkan demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' yang dirancang untuk diadakan pada Isnin depan.

Demonstrasi itu dirancang bagi membangkitkan dakwaan salah guna kuasa oleh ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, khususnya berhubung dakwaan "jenayah alam sekitar."

Satu kenyataan BMF hari ini mendakwa, banyak kawasan hutan hujan di pulau Borneo telah musnah dalam tempoh 30 tahun pentadbiran Abdul Taib.

Penggiat kempen berkenaan akan membangkitkan kesan ke atas alam sekitar dan manusia akibat program pembasmian hutan yang berlaku bawah pentadbiran Abdul Taib itu, menurut kenyataan itu lagi.

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada protes antarabangsa yang dijalankan selama seminggu.

Di United Kingdom, protes berkenaan akan dijalankan di luar ibu pejabat syarikat Ridgeford Properties Ltd pada jam 9.30 pagi.

Ridgeford Properties merupakan sebuah syarikat hartanah yang dikaitkan dengan Taib.

Sementara itu satu protes sama akan diadakan di Ottawa, Kanada di luar premis syarikat Sakto Corporations pada hari yang sama.

Protes berkenaan akan dijalankan pada jam 12 waktu tempatan dan akan disertai antara lainnya Clare Rewcastle Brown yang merupakan pengasas kepada laman web Sarawak Report .

[Baca berita penuh]

ADS